Bendera Selangor berdarah..


Tahukah anda satu-satunya bendera negeri di Malaysia yang membawa simbol darah adalah bendera Selangor?

 

bendera selangor

Selangor merupakan negeri yang termaju dan terkaya dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia pastinya ramai yang tidak tahu maksud sebenar simbol pada bendera Selangor. Bendera Selangor terdapat 4 bahagian yang berwarna kuning dan merah. Warna merah dan kuning pada bendera ini membawa maksud darah dan daging iaitu unsur-unsur yang sangat diperlukan untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri Selangor. Manakala bulan sabit dan bintang pada bendera Selangor pula melambangkan agama Islam iaitu agama rasmi negeri Selangor. Bendera Selangor juga melambangkan kesucian agama Islam ada warna putih nya.

 

Warna merah pada bendera membawa maksud darah

 

Pastinya ia bukan bendera berdarah seperti yang anda sangka kerana kini anda sudah tahu dan kenal tentang bendera Selangor.