Skip to content
  • BLOG
  • Pertanyaan hubungi kami
  • Khidmat digitizer

Tag: artwork sulaman

Apa Itu Blok Sulam Logo, Kos Artwork  Sulaman Logo dan Kos Setup Sulam Logo?

Posted on January 22, 2017August 17, 2017   by Eyang Fabric D Craft

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Anda pasti pernah mendengar tentang blok sulam logo, caj artwork sulaman atau kos setup sulaman logo. Ia juga digelar “digitizing”. Apakah digitizing? Digitizing adalah proses mengubah artwork pelanggan kepada file format jahitan atau proses ubah gambar logo pelanggan kepada file format jahitan.

File format jahitan ini penting kepada mesin sulaman. Jika format jahitan atau blok sulam logo ini tidak diberi, mesin sulam tidak tahu logo apa yang perlu dihasilkan. Mesin sulaman tidak dapat membezakan cara jahitan dan membezakan warna benang mengikut warna logo tanpa fail ini.

Adakah proses blok sulam logo (digitizing) ini hanya sekadar satu klik dalam komputer? Tidak!

Menyediakan Artwork Untuk Digitizing Sulaman Logo

Staf/Pekerja/Digitizer #eyangdcraft akan menggunakan komputer untuk melihat artwork dengan terperinci. Pelanggan akan dimaklumkan samada logo perlu diubah untuk proses sulam. Bukan semua jenis logo atau artwork sesuai untuk sulaman berkomputer. Logo yang diberi perlu diperincikan. Elemen logo seperti outlining perlu dikeluarkan dan tulisan kecil perlu dibesarkan saiznya.

Pathing dalam Sulam Logo

Digitizer akan masukkan artwork atau logo yang telah dianalisis/diubah ke dalam program sulaman logo. Program/perisian sulam logo inilah yang membantu digitizer hasilkan fail jahitan.

Pathing juga akan mula dihasilkan menggunakan perisian sulam logo. Pathing adalah turutan jahitan (sequence of stitches) dalam logo. Pathing mempengaruhi hasil sulaman logo setelah siap. Logo sulam akan ada “gap of fabric” atau tulisan tak sekata jika pathing tidak betul. Tempoh masa sulaman logo juga dipengaruhi oleh pathing. Pathing yang baik akan menghasilkan logo sulaman berkualiti tinggi dan kemas.

Menetapkan Jenis Jahitan (Embroidery Stitch Types) Pada Sulaman Logo

Setelah pathing, digitizer akan menentukan jenis dan cara jahitan terbaik kepada logo pelanggan. Ia mesti bermula dengan jahitan dasar (underlay). Pelanggan tidak akan dapat melihat jahitan underlay. Tapi ia sangat penting untuk sulaman logo. Jahitan underlay membantu menstabilkan kain kepada “backing” (satu lagi elemen penting dalam sulaman logo). Asasnya ada tiga jenis jahitan iaitu run stitches,  satin stitches dan fill stitches. Contohnya fill stitches digunakan untuk meliputi kawasan besar. Tapi digitizer perlu tentukan sudut jahitan fill stitch dan dimana titik mula dan titik akhir pada sulaman logo. Satin stitches digunakan untuk kawasan yang kecil. Run stitches digunakan untuk tulisan yang halus dan detail yang lebih terperinci seperti imej bulu haiwan.

Kesan “Push and Pull” Dalam Sulaman Logo

Logo akan bergerak-gerak semasa disulam pada mesin. Pergerakan ini menyebabkan beberapa jahitan lari dari posisi asal. Pergerakan ini akan lebih ketara jika menggunakan kain bergetah seperti jersi sukan, jarak antara jahitan yang terlampau jauh atau ketegangan benang terlalu tinggi. Digitizer perlu memikirkan kesan “push and pull” ini dan melakukan perubahan jahitan untuk “compensate” logo sulaman.

Hasil Sulaman Logo

Kebiasaannya logo atau artwork dari pelanggan #eyangdcraft tidak terlalu rumit. Tapi pelanggan perlu faham masa yang lama diperlukan untuk proses blok sulaman jika artwork mempunyai detail terperinci, tulisan kecil dan banyak warna. Digitizing adalah satu proses yang perlukan masa dan pengalaman untuk hasil terbaik.

P/S: Digitizer yang baik akan meningkatkan mutu logo anda. Jadi pilih lah pusat sulaman berkomputer yang memberikan hasil sulaman logo berkualiti.

Posted in General    Tagged artwork sulaman, blok sulam, design sulam, digi sulam, digitize sulam, digitizing, digitizing sulaman, sulam logo    Leave a comment   

Lebih Info? Taip Sini

Borong Nametag Sekolah


Buku rujukan Murah dan Delivery ke pintu rumah

Kalendar

February 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
« May    

Topik baru blog ini

  • Tak Pandai Jahit Nametag Anak Pada Baju? Guna Mesin Istimewa Ini
  • Sulaman Logo Patches
  • 5 Kegunaan Utama Logo Patches
  • 3 Kesilapan Utama Ketika Tempahan Nametag Online
  • Apa itu fidget bagi seorang murid sekolah
  • 7 Cara Menjaga Tuala Sulam
  • Apa Itu Blok Sulam Logo, Kos Artwork  Sulaman Logo dan Kos Setup Sulam Logo?
  • Tujuan Sebenar Guna Nametag Sekolah
  • Beza Nametag Sulaman Dengan Nametag Woven
  • Tempah Baju Uniform Untuk 2017

Komen Terkini

  • Aiman on Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah terkini
  • Aiman on Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah terkini
  • Paula Goh on Cara Kerja Pusat Sulaman Berkomputer Eyang Fabrik D’craft
  • BajuKurung on Apa maksud butang baju melayu??
  • Zainal Bakri B. Ahmad on Kami ambil tempahan sulam nametag murid
  • najihah on Ini tips pilih baju korporat
  • Muhamad idris on Tambah Pendapatan 5Angka Sebulan – Dari Rumah!
  • Eyang Fabrik D'Craft Enterprise on Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah terkini
  • Eyang Fabrik D'Craft Enterprise on Tambah Pendapatan 5Angka Sebulan – Dari Rumah!
  • Eyang Fabrik D'Craft Enterprise on Tambah Pendapatan 5Angka Sebulan – Dari Rumah!

Info-info

  • May 2018
  • April 2018
  • August 2017
  • June 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016

Kategori

  • General
  • Nametag
  • Sulaman logo
  • Tuala

Popular

logo sulam hantaran bertunang perniagaan mesin jahit perniagaan bisnes mesin jahit mesin jahit perkahwinan pertunangan cenderamata warna cenderahati cenderahati kahwin hantaran kahwin cenderamata perkahwinan goodies hantaran teknologi warna asas kedai sulaman selamat hari guru butang baju melayu logo patches jata negara malaysia jata negara baju korporat butang baju baju melayu surat tidak hadir sekolah kedai sulam online surat sekolah surat rasmi surat rasmi sekolah surat tidak rasmi langsir kedai sulaman online wanita sambutan hari guru fidget spinner murah digi sulam kesilapan tempahan nametag fidget spinner fidget spinner malaysia hari guru spinner murah cara jaga tuala sulam tuala mandi blok sulam tips jaga tuala digitize sulam artwork sulaman nametag murid sulam nametag sulaman nametag bahan bantu mengajar sekolah alat bantu mengajar guru kreatif cara pelajar fokus digitizing sulam logo tuala sulam sulam tuala digitizing sulaman design sulaman sulam nametag sekolah sulaman logo pusat sulaman berkomputer sekolah tempahan nametag sekolah nametag sulam design sulam nametag nametag kain nametag sekolah
Hakcipta Terpelihara 2017-2018 ©. Eyang Fabrik DCraft Enterprise. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran bertulis (RSS dibenarkan) | Design by ThemesDNA.com