Beza Nametag Sulaman Dengan Nametag Woven

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Di #eyangdcraft kami menghasilkan produk berasas sulaman. Walaupun begitu terdapat pelanggan yang menanyakan tentang label woven untuk produk baru mereka. Jadi artikel kali ini menjelaskan perbezaan nametag sulaman dan nametag woven.

Sama seperti namanya. Nametag bersulam dihasilkan dengan menyulam benang asing kepada kain. Setiap benang asing ini mewakili satu warna pada logo.

Ketebalan benang sulaman sama seperti benang jahitan biasa. Tulisan atau detail kecil daripada logo tidak akan terhasil dengan baik jika menggunakan benang sulaman. Tapi kelebihan sulaman ialah ia lebih menyerlah dari segi bentuk dan ia juga boleh menghasilkan ciri timbul 3D (untuk topi).

Manakala nametag woven dihasilkan daripada sejenis benang yang lebih halus dan nipis. Ciri halus ini boleh menyerlahkan detail kecil dan tulisan kecil dari logo. Selain itu pelbagai warna boleh dihasilkan menggunakan benang yang sama. Lihat gambar untuk perbezaan sulaman dan woven.

Jadi ayat senang faham ialah.. Anda perlukan woven jika mahu logo resolusi tinggi bersama detail yang sangat kecil. Atau… Anda perlukan sulaman jika pentingkan rupa yang lebih klasik dan bergaya.

 

Bila boleh siap jahit tanda nama murid?

Sedikit luahan untuk jahit tanda nama murid 😉

Sejak kami menjalankan perniagaan sulaman berkomputer ini sehinggalah sekarang memang banyak tempahan nametag murid yang kami telah siapkan. Tempahan sulam nametag ni memang banyak semenjak sekolah-sekolah berhenti gunakan nametag dan badge besi

Antara pelanggan Eyang Fabrik D’Craft adalah ibu-bapayang kecewa kerana tempahan tanda nama anak-anak hanya siap apabila sesi sekolah dah nak berakhir. Ini antara masalah mereka bersama dengan syarikat sulaman lain:

  • Ada syarikat yang kenakan bayaran tinggi untuk jahit tanda nama. 
  • Ada syarikat yang jahit tanda nama sekadar melepaskan batuk ditangga. Tak boleh baca langsung tanda nama

 

Sulam Nametag Murid Sekolah

 

Sulam nametag syarikat lain

Harga Jahit Tanda Nama Pelajar

 

Satu Tanda Nama untuk seorang pelajar berharga RM1.50
Kalau empat keping tanda nama berharga RM6.00 sahaja

Katakan ada pelanggan datang dengan senarai lebih 10(sepuluh) orang pelajar, harga jahit tanda nama untuk sekeping berharga 90sen (rm0.90) sahaja. Kalau 4(empat) keping berharga rm3.60 sahaja

“Senang dan cepat order dengan eyang ni. Bila ada tambahan selepas order eyang terima je walaupun sedikit” (Ustazah, SRAR Ar-Raudhatul Ulum, Chemor)

Sekarang kami mula menerima tempahan secara online. Senang. Cikgu sekolah yang nak jahit tanda nama pelajar boleh isi borang dan hantar nama pelajar. Penghantaran menggunakan pos ke seluruh Malaysia. Jaminan perkhidmatan terbaik daripada Eyang Fabrik D’Craft Enteprise untuk jahit tanda nama murid.

 

P/S: Harap maaf. Promosi 4 keping RM6.00 telah ditutup. Nak tahu harga pakej terbaru dan terbaik? Klik SINI