Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah terkini

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah terkini 

KU273L0WTW

Sebagai ibu-bapa pastinya kita mengambil berat tentang rekod anak di sekolah. Memang lumrah sebagai pelajar sekolah selalu saja ada masalah di saat-saat akhir. Kadang kala cuti sekolah tanpa sebab dan mengejut dengan sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Bermacam-macam alasan yang diberi dari pelajar kepada guru seperti alasan kemalangan jalan raya, saudara terdekat meninggal, urusan keluarga ibu-bapa, demam teruk atau alasan paling kerapa adalah sakit perut. Disebabkan perkara ini pelajar atau ibu-bapa perlu memberikan bukti dan alasan yang kukuh kepada guru sekolah jika tidak dapat hadir ke sesi persekolahan. Surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini sangat penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah pelajar baik dan tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah. Ini adalah artikel terbaru tentang contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah tahun ini. Semoga menjadi panduan terbaik untuk menghasilkan surat rasmi tidak hadir ke sekolah.

Mahukan contoh yang senang difahami dan murid sekolah pun boleh tulis? Berikut adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

 

1.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga

 

 

Aulia Darwisya Binti Amiruddin

Tingkatan 1A

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang

 

Guru Kelas

Tingkatan 1A

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang                                                                                                                       19 Mei 2016

 

Tuan/ Puan;

Perkara: Memohon Cuti Untuk Tidak Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Saya ibu kepada Aulia Darwisya Binti Amiruddin ingin memohon cuti bagi anak saya untuk tidak hadir ke sekolah mulai 27 Jun hingga 30 Jun 2016.

3. Hal demikian kerana kami sekeluarga mempunyai urusan keluarga yang harus di selesaikan di Sabah. Di mana ianya tidak dapat diterangkan melalui surat ini.

4. Anak saya berjanji akan mengulang kaji pelajaran dan menghubungi rakan-rakan untuk bertanya dan menyiapkan kerja-kerja sekolah ketika berada di sana nanti.

5. Saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memahami situasi kami sekeluarga. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Terima kasih.

Yang benar,

 

(Azriza Binti Abdul Ghani)

Ic:……………………………………

Ini adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

 

 

 

2.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarga

 

Md Azlan Bin Md Rahim

Tingkatan 1 Bestari

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang


Guru Kelas Tingkatan 1 Bestari

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang                                                                                                                   Tarikh :  19 Mei 2016

 

Tuan/ Puan;

 

Tidak Hadir Ke Sekolah

 

Dimaklumkan saya nama tersebut di atas adalah bapa kepada Mazlan Bin Md Azlan  yang menuntut di Tingkatan 1 Bestari.

 

2. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 16 Jun 2016 kerana masalah keluarga.

 

3. Saya memohon kemaafan sekiranya ketidakhadiran anak saya telah menimbulkan masalah kepada pihak tuan/puan. Segala kesulitan amat dikesali.

 

4. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dari pihak tuan/puan.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

Yang benar,

…………………………….

(MD AZLAN BIN MD RAHIM)

Bape Pelajar

Nak Kamus Baru? Buku Rujukan?

 

 

 

 

3.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana demam panas

 

 

Tahun Lima Dahlia,

Sekolah Kebangsaan Kepayan,

Peti Surat, 130, 89108,

Kota Mandu,

Sabah.


Cikgu Noor Anita Binti Awang,

Sekolah Kebangsaan Kepayan,

Peti surat 395,

88858 Tanjung Aru,

Kota Kinabalu,

Sabah                                                                                                       9 Mei 2016

 

Cikgu,

 

Tidak Hadir Ke Sekolah

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Saya …………………………………………, murid Tahun Lima Dahlia tidak dapat hadir ke sekolah pada 4 Mei 2016 kerana diserang demam panas.

3      Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Hospital Queen Elizabeth. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selamat tiga hari.

4.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berjanji akan mengulang kaji mana-mana pelajaran yang saya tertinggal pada hari tersebut.

 

Sekian, terima kasih

 

Yang benar,

 

………………………………….. {HURUF BESAR}

(                                     ) {HURUF BESAR}

Ini adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

 

4.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana pergi kenduri (kahwin/majlis)

 

 

Ahmad Hamizi bin Mansor

No.1 Jalan Sena 6,

Taman Sena Indah

01000 Kangar,

Perlis.


Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Derma,

Jalan Penjara,

01000 Kangar,

Perlis                                                                                                    12 Mei 2016

 

Tuan,

 

Tidak Hadir Ke Sekolah

 

Berhubung dengan perkara di atas, saya Ahmad Hamizi Bin Mansor bapa kepada Aliya Safiya Binti Ahmad Hamizi dari Tingkatan 5 Dinamik ingin menjelaskan sebab anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 11 Mei 2016.

2     Anak saya tidak menghadirkan diri ke sekolah kerana pergi ke kenduri ibu saudaranya di Terengganu bermula 10 Mei 2016.

3.    Saya ingnin meminta maaf diatas kejadian ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………..

(AHMAD HAMIZI BIN MANSOR)

 

Nak Kamus Baru? Buku Rujukan?

 

 

 

5.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana sakit teruk

 

 

Suppiah a/l Ayahoo,

16, Lebuh Batu Maung 7,

11960, Bayan Lepas,

Pulau Pinang


Cikgu Harfizi Bin Muhammad Zain,

Guru Kelas Tingkatan 3 Elit (2014),,

Penang Free School,

11600, Jalan Masjid Negeri,

Pulau Pinang                                                                                    30 JUN 2016

Tuan,

Sebab Anak Saya Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah.

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku ayah kepada anak saya, iaitu Sarveen a/l Suppiah, ingin memohon maaf kerana anak saya tidak dapat hadir ke sekolahpada 30 Jun 2016, iaitu pada hari Khamis.

2.   Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana dia telah jatuh sakit sejak dua hari yang lepas, iaitu pada 28 Jun 2016 dan 29 Jun 2016, pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas. Dia juga didapati mengalami demam pada pagi hari ini, maka dia telah mengambil keputusan untuk tidak hadir sekolah.

3.   Untuk makluman Tuan, saya tidak mempunyai sebarang Medical Certificate (MC) untuk disampaikan kepada Tuan. Hal ini demikian kerana anak saya tidak dibawa ke klinik untuk berjumpa dengan doktor pada hari tersebut kerana demam anak saya pada pagi itu tidak begitu serius.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap bahawa ketiadaan anak saya di sekolah pada hari Isnin akan dapat diampunkan oleh Tuan.

 

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

 

……………………………

(SUPPIAH A/L AYAHOO)

 

Nak gunakan ayat di atas? Download di sini Surat tidak hadir ke sekolah

 

SFYRKERH4NIni adalah 5 contoh terbaik untuk contoh surat rasmi jika tidak hadir ke sekolah.

Nak tempah name tag sekolah? Anda perlukan pakar sulaman name tag. Lawati www.servissulam.com atau whatsapp disini