Tentang Kami

Siapa Eyang Fabric D Craft ?

Kami memulakan perniagaan sulaman dari rumah. Bermula dari satu mesin sulaman kini Eyang Fabric D Craft mampu menerima tempahan yang banyak menggunakan mesin industri.

Bermula dengan mengambil tempahan dari rakan-rakan. Kini Eyang Fabric D Craft mengambil tempahan daripada pelbagai pihak individu atau badan institusi dan jabatan kerajaan Malaysia

Sesuai dengan peredaran zaman, bermula tahun 2014, eyang cuba memberikan perkhidmatan sulaman berkomputer secara ‘online’. Eyang Fabric D Craft sedang berusaha untuk memudahkan lagi para pelanggan berurusan secara online.

Kami tahu walaupun lokasi pelanggan jauh, tapi anda masih boleh membuat tempahan melalui online disini. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk datang ke premis kami untuk khidmat nasihat.

Antara pelanggan kami semenjak 3 tahun lepas masih berpuas hati dan suka pada harga yang berpatutan serta respon yang cepat semasa khidmat nasihat. Jika anda mencari pengalaman dan perkhidmatan terbaik Eyang Fabric D Craft lah tempatnya.