Mahu Menambah Pendapatan Anda Sehingga RM10,000 Sebulan? Temui Amir, Digitizer Sulaman Berkomputer Anda yang juga seorang Pelari Maraton!

 

– Kerja lebih cepat – Jimat kos – Bisnes maju dan cepat dapat wang –

IPOH, April 2020 – Adakah anda sedang mencari-cari cara untuk menerima banyak tempahan yang mampu berikan keuntungan berlipat ganda untuk perniagaan sulaman anda? Paling best anda mahukan cara yang cepat untuk siapkan tempahan supaya lebih ramai lagi orang boleh datang dan bagi anda duit?

Sudah bermacam-macam perkara anda buat, semuanya tidak mampu bantu anda untuk berikan keuntungan luarbiasa yang anda harapkan.

Tak cukup dengan itu, mesin sulaman yang bernilai ribuan ringgit telah pun anda beli. Tapi anda masih belum dapat wang modal mesin.

Sebelum anda beli, anda dihamburkan dengan kata-kata manis. Ratusan contoh usahawan sulam yang berjaya dicampak ke muka anda. Anda terpedaya.

Bila anda beli dan mula. Semua harapan yang diberikan tidak semudah yang disangka.

Mereka hanya nak duit anda. Bukan bagi cara betul-betul nak jadi usahawan sulaman yang berjaya.

Kalau anda susah nak hasilkan design sulaman sendiri, saya nak cakap, bukan salah anda.

Semua ni salah kebanyakan penjual mesin kat luar sana yang macam BUAYA nak ambil kesempatan pada anda.

 

Mereka Mahu Untung Dari Wang Anda!

 

Mereka tahu anda baru berjinak-jinak dalam perniagaan ini. Dan ini merupakan peluang terbesar kepada mereka untuk membaham ‘daging fresh’…

Dan memerah sebanyak duit yang mereka boleh ambil dari anda sekarang.

Inilah masanya, untuk saya hentikan segala tipu daya mereka untuk selamanya. Mungkin anda tertanya sekarang.

Siapa saya untuk beritahu anda semua ini? Apakah kelayakan saya untuk melawan penjual-penjual buaya ini?

Sekiranya anda ada persoalan tersebut. Saya ucapkan tahniah! Berbaloi saya bantu orang seperti anda. Sebab kadang-kadang ada golongan yang tak berbaloi untuk dibantu.

Anda golongan yang sentiasa mempersoalkan sesuatu untuk mendapat jawapan yang sebenar.

Ini bermaksud anda seorang yang bijak dan tak nak terpedaya berkali-kali!

          Saya ni siapa sebenarnya???          

Ini kisah saya…

Nama saya Amir. Saya ni bukan lah popular macam artis Malaysia. Kenapa? Saya sibuk buat bisnes saya sebenarnya. Saya uruskan perniagaan secara ONLINE.

Anda namakan saja. Dropship? Affiliate? Bursa Saham Malaysia? Produk OEM? Semua tu saya pernah buat. Bahkan menjual coklat kek dari kedai ke kedai pun pernah. Ha ha

Suatu ketika saya dapat tahu ibu saya mula ceburkan diri dalam bidang sulaman berkomputer.

Tapi ibu saya takde software digitize sulam berkomputer.

Bukan tu je. Komputer pun ibu saya tak pandai guna.

Anda mesti tahu kebanyakan tempahan sulaman adalah “custom made”.

Setiap tempahan berbeza-beza dan setiap logo atau design yang nak disulam unik. Jadi sebab takde software untuk hasilkan logo/blok tempahan.

Kami terpaksa upah orang lain untuk create logo dan digitize.

Dan setiap kali saya cuba guna khidmat “embroidery digitizer” saya kerap pening kepala kerana kos mereka sangat mahal.

Jadi saya cuba belajar mengenai software sulaman dan ini masalah yang saya pernah hadapi dulu:

  1. ada macam-macam jenis software untuk sulaman berkomputer yang saya tak pernah dengar
  2. setiap software pula berbeza harga
  3. ada software yang berharga lebih RM23,605.83 Yup. Tu bukan salah tulis. Lebih dari RM20 ribu.
    tajima price
  4. ada software free tapi hanya sekadar untuk ubah saiz design sulaman
  5. jika saya mahu belajar dalam kelas. Juru jual software mahu saya beli dulu software mereka.

Banyak dugaan dan masalah yang saya dah redah.

Kini, Alhamdulillah..

Saya dah mampu hasilkan design sulaman dengan baik. Ibu saya mula mampu terima banyak tempahan kerana saya bantu digitize logo/design.

…Saya terfikir…

Pasti ramai lagi di luar sana yang menghadapi masalah seperti ibu saya.

Jadi kini saya buat keputusan untuk beri khidmat saya kepada setiap perniagaan sulaman berkomputer di Malaysia ni. 

Guru saya pernah cakap.

“…bila kita mula memberi, kita akan dapat lebih banyak…”

Disebabkan konsep memberi ini saya dapat inspirasi untuk memberi khidmat saya kepada orang lain.

Saya tidak mahu anda lalui semua pengalaman pahit saya dulu.

Tekan butang di bawah untuk dapatkan tawaran menarik. Mula buat duit dengan sulaman berkomputer sekarang