Beza Nametag Sulaman Dengan Nametag Woven

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Di #eyangdcraft kami menghasilkan produk berasas sulaman. Walaupun begitu terdapat pelanggan yang menanyakan tentang label woven untuk produk baru mereka. Jadi artikel kali ini menjelaskan perbezaan nametag sulaman dan nametag woven.

Sama seperti namanya. Nametag bersulam dihasilkan dengan menyulam benang asing kepada kain. Setiap benang asing ini mewakili satu warna pada logo.

Ketebalan benang sulaman sama seperti benang jahitan biasa. Tulisan atau detail kecil daripada logo tidak akan terhasil dengan baik jika menggunakan benang sulaman. Tapi kelebihan sulaman ialah ia lebih menyerlah dari segi bentuk dan ia juga boleh menghasilkan ciri timbul 3D (untuk topi).

Manakala nametag woven dihasilkan daripada sejenis benang yang lebih halus dan nipis. Ciri halus ini boleh menyerlahkan detail kecil dan tulisan kecil dari logo. Selain itu pelbagai warna boleh dihasilkan menggunakan benang yang sama. Lihat gambar untuk perbezaan sulaman dan woven.

Jadi ayat senang faham ialah.. Anda perlukan woven jika mahu logo resolusi tinggi bersama detail yang sangat kecil. Atau… Anda perlukan sulaman jika pentingkan rupa yang lebih klasik dan bergaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *