Kenapa mesin jahit brother famous sangat?

Dalam industri jahitan berkomputer sememangnya terdapat pelbagai pilihan untuk mesin jahit. Antara yang paling kerap dicari adalah mesin jahit brother. Brother sebenarnya adalah jenama syarikat dari Jepun. Ia merupakan pengeluar terbesar mesin jahit portable di dunia. Mesin jahit brother mempunyai variasi produk yang sangat banyak. Maksud portable ialah boleh ubah kerana saiz kecil dan ringan bagi mesin jahit brother.

mesin jahit brother

Brother mempunyai mesin jahit mekanikal, mesin jahit berkomputer, mesin sulaman, mesin jahit tepi, mesin coverstitch dan lain-lain lagi dalam jenis portable. Bagi penggemar jahitan dan pengusaha sulaman berkomputer, mesin jahit brother merupakan mesin yang mesti dimiliki kerana keupayaan jahitan dan hasil kualitinya. Malahan teknologi mesin jahit brother amat canggih sehingga mampu melengkapkan mesin jahit dengan fungsi kamera dan Ultrasonic Pen (Laser) untuk membuat jahitan dan sulaman secara otomatik tanpa memerlukan kehadiran pengguna.

Tetapi yang paling penting adalah kelebihan portable atau boleh ubah yang sebenarnya menarik begitu ramai wanita yang mahu menjana pendapatan sampingan dari rumah memilih mesin jahit brother.

Nak mula jana pendapatan dengan mesin jahit brother? Boleh beli mesin jahit brother di >> sini << 

Bendera Selangor berdarah..


Tahukah anda satu-satunya bendera negeri di Malaysia yang membawa simbol darah adalah bendera Selangor?

 

bendera selangor

Selangor merupakan negeri yang termaju dan terkaya dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia pastinya ramai yang tidak tahu maksud sebenar simbol pada bendera Selangor. Bendera Selangor terdapat 4 bahagian yang berwarna kuning dan merah. Warna merah dan kuning pada bendera ini membawa maksud darah dan daging iaitu unsur-unsur yang sangat diperlukan untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri Selangor. Manakala bulan sabit dan bintang pada bendera Selangor pula melambangkan agama Islam iaitu agama rasmi negeri Selangor. Bendera Selangor juga melambangkan kesucian agama Islam ada warna putih nya.

 

Warna merah pada bendera membawa maksud darah

 

Pastinya ia bukan bendera berdarah seperti yang anda sangka kerana kini anda sudah tahu dan kenal tentang bendera Selangor.

Cara mudah faham jata negara

Anda tahu tentang jata negara? Jata negara merupakan lambang kebesaran sesebuah negara. Sebagai rakyat terdapat beberapa cara untuk menghormati jata negara. Antara cara yang mudah ialah dengan memahami maksud sebenar disebalik simbol dan warna jata negara.

Maksud bintang pecah 14 adalah 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Malaysia. Manakala bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Bahagian sebelah kiri perisai menandakan Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka mewakili Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu.

Jata negara Malaysia

jata negara

Jata negara Malaysia juga mempunyai empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih adalah warna Pahang; merah dan kuning adalah warna Selangor; hitam, putih dan kuning adalah warna Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan lambang bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.

Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Semua simbol ini melambangkan perpaduan, keamanan dan sejarah negara, yang masing-masing mempunyai sejarah di sebalik jata negara