Mahu buat sulaman logo atau printing baju?

Sulaman logo dan printing baju merupakan dua kaedah meletakkan logo pada pakaian.

Benang logo dijahit pada pakaian atau kain anda dengan bantuan mesin sulaman berkomputer. Dengan sulaman logo, logo anda dihasilkan menggunakan variasi warna benang. Semasa sulaman logo, setiap “artwork” atau logo anda perlu di “digitized” kepada program komputer supaya mesin sulaman faham dan tahu apa yang perlu dijahit. Berbeza dengan printing baju, logo anda dihasilkan menggunakan variasi warna dakwat. Dakwat dakwat ini dimampatkan melalui lubang skrin (atau stencils) dan terus ke atas pakaian anda. 

Stencils perlu dihasilkan mengikut bilangan warna logo anda. Jika anda ada lima warna, maka lima stencils yang akan dibuat.

EA5F0D7860Jadi antara sulaman logo dan printing baju, yang mana lebih murah??

Kos

 

Perbezaan yang besar adalah pada set-up kos untuk setiap kaedah.

 


Sulaman logo pada bahagian dada kiri adalah popular

 

Kos set-up untuk setiap sulaman logo adalah sama dan tidak bergantung kepada bilangan warna logo anda. Kos set-up untuk printing baju adalah mengikut warna. Ini bermakna skrin baru diperlukan untuk setiap warna logo anda. 

Contoh: 

Jika logo anda ada lima warna, maka anda perlu bayar kos untuk lima skrin.

Anggaran set-up kos untuk sulaman logo adalah sama dengan kos satu skrin. Jadi set-up (blok) sulaman logo lebih murah berbanding printing baju. Lagi satu yang perlu anda faham ialah anda perlu bayar kos set-up (blok) semula untuk printing baju pada masa hadapan sedangkan untuk kos set-up (blok) sulaman logo berkomputer adalah hanya sekali seumur hidup.

Kesesuaian

 

Sulaman logo berkomputer lebih sesuai digunakan pada baju korporat (business shirts) dan baju polo (polo shirts atau golf shirts). Ini kerana sulaman akan menghasikan logo yang lebih stail (stylish), profesional dan mahal manakala printing baju pula nampak “murah”. Skrin print perlukan skrin berbeza mengikut warna logo.

Semakin banyak warna, semakin banyak skrin

 

Tetapi printing baju pula terbaik untuk baju cotton (cotton t-shirts). Ini kerana benang-benang sulaman akan nampak lebih tebal dan tak cantik pada baju tshirt biasa (cotton tshirt). Baju tshirt biasa(tidak berkolar) juga akan berkedut jika disulam. Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang sulaman logo dan printing baju.

Nak tahu cara pengiraan sulaman logo? Klik sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *