Apa maksud butang baju melayu??

Baju melayu dianggarkan telah digunakan sejak tahun 1424 hingga 1444 iaitu zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah iaitu lebih kurang 700 tahun dahulu. Sejarah juga membuktikan sebenarnya baju melayu mempunyai pelbagai jenis dan cara memakainya. Contohnya baju melayu yang dipakai oleh rakyat Melaka adalah singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar Melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya. Maka terhasillah baju melayu seperti yang anda lihat pada masa sekarang.

Baju melayu juga seakan tidak lengkap jika tidak mempunyai butang baju melayu. Lima butang di dada baju melayu melambangkan lima rukun Islam yang harus menjadi isi dada pemakainya. Tiga poket melambangkan tiga tuntutan, iaitu Islam, Iman dan Ihsan yang perlu dipenuhi.