Apa Itu Blok Sulam Logo, Kos Artwork Sulaman Logo dan Kos Setup Sulam Logo?
Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa! Klik di sini sekarang!
Anda pasti pernah mendengar tentang blok sulam logo, caj artwork sulaman atau kos setup sulaman logo. Ia juga digelar “digitizing”. Apakah digitizing? Digitizing adalah proses mengubah artwork pelanggan kepada file format jahitan atau proses ubah gambar logo pelanggan kepada file format jahitan.
File format jahitan ini penting kepada mesin sulaman. Jika format jahitan atau blok sulam logo ini tidak diberi, mesin sulam tidak tahu logo apa yang perlu dihasilkan. Mesin sulaman tidak dapat membezakan cara jahitan dan membezakan warna benang mengikut warna logo tanpa fail ini.
Adakah proses blok sulam logo (digitizing) ini hanya sekadar satu klik dalam komputer? Tidak!
Menyediakan Artwork Untuk Digitizing Sulaman Logo
Staf/Pekerja/Digitizer #eyangdcraft akan menggunakan komputer untuk melihat artwork dengan terperinci. Pelanggan akan dimaklumkan samada logo perlu diubah untuk proses sulam. Bukan semua jenis logo atau artwork sesuai untuk sulaman berkomputer. Logo yang diberi perlu diperincikan. Elemen logo seperti outlining perlu dikeluarkan dan tulisan kecil perlu dibesarkan saiznya.
Pathing dalam Sulam Logo
Digitizer akan masukkan artwork atau logo yang telah dianalisis/diubah ke dalam program sulaman logo. Program/perisian sulam logo inilah yang membantu digitizer hasilkan fail jahitan.
Pathing juga akan mula dihasilkan menggunakan perisian sulam logo. Pathing adalah turutan jahitan (sequence of stitches) dalam logo. Pathing mempengaruhi hasil sulaman logo setelah siap. Logo sulam akan ada “gap of fabric” atau tulisan tak sekata jika pathing tidak betul. Tempoh masa sulaman logo juga dipengaruhi oleh pathing. Pathing yang baik akan menghasilkan logo sulaman berkualiti tinggi dan kemas.
Menetapkan Jenis Jahitan (Embroidery Stitch Types) Pada Sulaman Logo
Setelah pathing, digitizer akan menentukan jenis dan cara jahitan terbaik kepada logo pelanggan. Ia mesti bermula dengan jahitan dasar (underlay). Pelanggan tidak akan dapat melihat jahitan underlay. Tapi ia sangat penting untuk sulaman logo. Jahitan underlay membantu menstabilkan kain kepada “backing” (satu lagi elemen penting dalam sulaman logo). Asasnya ada tiga jenis jahitan iaitu run stitches, satin stitches dan fill stitches. Contohnya fill stitches digunakan untuk meliputi kawasan besar. Tapi digitizer perlu tentukan sudut jahitan fill stitch dan dimana titik mula dan titik akhir pada sulaman logo. Satin stitches digunakan untuk kawasan yang kecil. Run stitches digunakan untuk tulisan yang halus dan detail yang lebih terperinci seperti imej bulu haiwan.
Kesan “Push and Pull” Dalam Sulaman Logo
Logo akan bergerak-gerak semasa disulam pada mesin. Pergerakan ini menyebabkan beberapa jahitan lari dari posisi asal. Pergerakan ini akan lebih ketara jika menggunakan kain bergetah seperti jersi sukan, jarak antara jahitan yang terlampau jauh atau ketegangan benang terlalu tinggi. Digitizer perlu memikirkan kesan “push and pull” ini dan melakukan perubahan jahitan untuk “compensate” logo sulaman.
Hasil Sulaman Logo
Kebiasaannya logo atau artwork dari pelanggan #eyangdcraft tidak terlalu rumit. Tapi pelanggan perlu faham masa yang lama diperlukan untuk proses blok sulaman jika artwork mempunyai detail terperinci, tulisan kecil dan banyak warna. Digitizing adalah satu proses yang perlukan masa dan pengalaman untuk hasil terbaik.
P/S: Digitizer yang baik akan meningkatkan mutu logo anda. Jadi pilih lah pusat sulaman berkomputer yang memberikan hasil sulaman logo berkualiti.
Komen Terkini