Cara Kerja Pusat Sulaman Berkomputer Eyang Fabrik D’craft

Perkara pertama yang kami lakukan di pusat sulaman berkomputer Eyang Fabrik D’Craft apabila pelanggan datang bersama design sulaman ialah melihat samada logo design tersebut akan mempunyai masalah atau tidak apabila dijahit.

Jujur. Kami tidak suka menipu pelanggan.

Bukan semua design dapat dihasilkan dengan baik apabila disulam. Untuk menjimatkan kos dan masa. Anda perlu faham mengenai sulaman mesin ni dulu.

Apa yang perlu difahami ialah sifat, proses sulaman dan jenis material yang diperlukan. Ada kalanya kami perlu ubah sedikit rekaan pelanggan untuk mengeluarkan hasil yang terbaik.

Semasa perbincangan di pusat sulaman berkomputer

pusat sulaman berkomputer

Warna sama tapi bukan 100%

Bekalan warna benang di pusat sulaman berkomputer ni terhad kepada apa yang pembekal sediakan saja. Kami selalu cadangkan warna benang kepada pelanggan sebelum proses sulaman supaya pelanggan dapat bayangkan hasilnya nanti.

Warna sampel yang ditunjukkan melalui komputer atau telefon sebenarnya tidak sama dengan hasil sebenar.

Warna solid menghasilkan sulaman yang terbaik

Pusat sulaman berkomputer akan cadangkan kepada pelanggan supaya warna pada logo ditukar kepada warna solid  untuk hasil yang terbaik.

Cuba elakkan campuran warna yang ketara pada logo kerana ia tidak akan hasilkan sulaman yang baik terutamanya pada saiz yang kecil.

Tulisan yang terlampau kecil

Ketebalan dan saiz benang boleh memberi kesan kepada saiz logo yang perlu disulam. Tulisan yang terlampau kecil tidak akan menghasilkan hasil yang elok menggunakan sulaman.

Contohnya tinggi tulisan untuk topi perlulah sekurang-kurangnya 1/4 inci tinggi untuk hasil jahitan yang baik. Jika saiz tulisan kurang dari 1/4inci hasilnya tidaklah begitu cantik dan susah untuk dibaca. Jika dalam cm tulisan mesti lebih tinggi dari 0.6cm atau 6mm.

Font tulisan perlulah diubah suai seperti ketebalan dan saiz . Pusat sulaman berkomputer akan cadangkan supaya tulisan anda diubah suai kepada jenis bold. Fabrik akan koyak jika tulisan terlalu kecil disebabkan lubang jarum yang terlampau dekat antara satu sama lain.

Logo / Artwork 

Berikan gambar logo sejelasnya kepada pusat sulaman.

Hasil sulaman logo bergantung kepada kualiti gambar (artwork). Pastikan gambar yang anda berikan bukan gambar yang terlampau kecil dan sukar untuk dilihat perinciannya. Proses ‘digitizing’ di pusat sulaman akan mengambil masa yang lama jika gambar logo anda sukar dilihat.

Gambar berskala kecil atau gambar resolusi kecil yang diambil terus dari website internet akan pecah jika dibesarkan. Jadi memang sukar untuk menghasilkan sulaman mengikut gambar tersebut.

Jenis kain juga penting

Jenis fabrik juga memberikan kesan kepada hasil akhir di pusat sulaman berkomputer.

Jika design yang kami hasilkan untuk baju shirt. Ia tidak boleh dijahit pada  baju kurung. Ketebalan logo akan rosakkan kain baju kurung yang nipis tu.

Pusat sulaman berkomputer perlu tahu anda mahu jahit logo pada fabrik apa supaya proses ‘digitizing’ mengikut jenis fabrik pilihan anda.Fabrik yang berbeza perlu setting yang berbeza dari “embroidery digitizer”

Warna fabrik dan warna benang

Anda sebenarnya mempunyai 2 (dua) pilihan berkaitan warna untuk sulaman. Tidak ramai yang tahu gabungan warna yang boleh menghasilkan sulaman yang benar-benar menyerlah.

Tone-on-toneGabungan warna benang hampir sama dengan warna fabrik.
Tujuan: Klasik, Tidak Ketara, Lembut 

Warna Kontra: Gabungan warna fabrik cerah dan benang warna gelap (atau sebaliknya)
Tujuan: Ketara, Promosi, Senang dilihat

Bilangan jahitan

Tidak semua material atau fabrik sesuai untuk bilangan jahitan yang besar. Fabrik lembut seperti t-shirt atau baju polo akan kelihatan tebal dan mengelembung jika dijahit terlalu tebal.

Hubungi Pusat Sulaman Berkomputer Eyang Fabrik D’Craft untuk pertanyaan lanjut.