3 Tips mudah pilih langsir baru

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!


Bila dah pilih langsir dan pasang. Tetiba nampak suram! Alamak! Langsir lama lagi lawa ke?? Tapi dah pasang langsir baru ni. Haiissh… Terima je la

Itu antara keluhan kebanyakan suri rumah bila memilih langsir.

Langsir memainkan peranan yang cukup besar untuk menyerikan ruang dalaman sebuah rumah. Tapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana pilih langsir yang sesuai.

Artikel kali ni akan berikan anda tips memilih langsir dengan betul.

 

Tips 1: Warna dan Fabrik

 

Jenis fabrik sangat penting ketika memilih langsir. “Jika ia terlalu tebal dan berat, langsir tidak boleh diikat dengan baik apabila dirapatkan. Jika langsir terlalu ringan dan nipis, ia senang bergerak apabila ditiup angin dari luar dan dalam rumah.

langsir 

Tips 2: Cahaya matahari dan langsir
 
Cahaya matahari boleh melunturkan warna fabrik langsir. Jadi anda perlu lihat keadaan ruang anda dulu. Pilih warna fabrik yang agak gelap jika ia senang dimasuki cahaya. Sebaliknya jika anda memilih warna terang, ia akan cepat pudar kerana cahaya.

Anda boleh abaikan tips ini jika anda seorang yang kerap tukar langsir. Saya sarankan anda pilih warna neutral jika tidak mahu ia cepat pudar. Warna neutral juga lebih senang masuk dengan warna ruang anda.

 

Warna neutral juga lebih senang masuk dengan kebanyakan warna bilik

 

Tips 3: Panjang dan Lebar

 

Anda perlu buat keputusan berapa tinggi langsir akan dipasang. Panel yang dipasang tinggi daripada tingkap akan memberikan satu perasaan bilik yang tinggi. Kebiasaannya pereka dalaman akan memasang langsir atas 6 inci daripada frame tingkap. Tapi jika anda mahukan perasaan yang lebih dramatik saya sarankan anda pasang langsir lebih tinggi daripada 6 inci.

Tambah 4 – 8 inci di kedua-dua belah langsir supaya langsir dapat menutup tingkap dengan baik. Jangan tambah terlalu banyak kerana anda pasti tidak mahu langsir menghalang terlalu banyak ruang tingkap walaupun langsir telah diikat.

 Sekarang anda dah faham tentang apa yang perlu diambil kira ketika memilih langsir. 🙂