Wanita, Teknologi Dan Sulaman Logo Berkomputer
Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa! Klik di sini sekarang!
Menjahit merupakan hobi kesukaan wanita bermula kurun ke 18. Boleh dikatakan semua wanita pada zaman dulu boleh menjahit. Bagi golongan yang suka menjahit ini terdapat di antara mereka yang mempunyai kemahiran menyulam pakaian dengan bentuk yang sukar dan sangat cantik. (Sulaman logo)
Walaupun begitu hanya segelintir yang sanggup menghabiskan masa menyulam. Ini kerana jahitan jenis sulaman pada fabrik sangat rumit, memakan masa yang banyak serta meletihkan.
Tapi itu dulu. Sekarang dengan kemajuan pesat teknologi, proses menghasilkan produk berasaskan sulaman logo dipermudahkan dengan kewujudan komputer, mesin sulaman berkomputer dan aplikasi/perisian ‘digitizing’ dan design.
Disebabkan itu terhasil lah produk baru yang lebih kreatif unik seperti sulaman logo pada pakaian sukan, logo baju, nametag sekolah, logo baju korporat, logo pada topi, sulaman berasaskan pengiklanan dan ‘home decor’
Kelebihan teknologi ini ia tak perlukan modal buruh yang banyak dan masa penghasilan nya juga telah dipendekkan. Keperluan pengetahuan dalam teknologi berkomputer juga meningkatkan penyertaan kaum adam dalam bidang sulaman berkomputer.
Pasti anda nak tahu bagaimana cara menghasilkan nya?
Langkah awal adalah menggunakan komputer. Kebiasaannya logo diterima dalam format gambar jpeg, bitmap dan png. Atau jika bertuah format yang lebih baik iaitu .ai
Usahawan yang tidak mempunyai perisian dan komputer yang sesuai pasti agak terhad dan sukar menghasilkan sulaman logo
Kemudian pengguna perisian ‘digitizer’ akan menukar gambar tadi kepada format yang difahami mesin sulaman. Mesin sulaman hanya faham gambar dalam bentuk fail jahitan.
Pengguna perisian ini atau digitizer wajib faham teknik design dan kebolehan perisian yang digunakan. Golongan digitizer perlu menentukan warna benang yang betul, parameter jahitan dan bentuk sulaman untuk ‘merge’ dan ‘shading effects’. Jika semua parameter logo betul, mesin sulaman akan menghasilkan kualiti jahitan yang kemas dan cantik.
Komen Terkini