5 Tips membeli design sulaman berkomputer yang berkualiti

Sekarang anda boleh membeli design sulaman berkomputer dengan mudah dan cepat. Dengan hanya beberapa klik selepas tu anda dah boleh jahit design sulaman tu di mesin anda.

Tapi antara penjual design sulaman berkomputer ini ada juga yang menjual design yang berkualiti rendah. Anda lihat gambar yang ditunjukkan tidak nampak kesalahan tetapi sebaik sahaja anda jahit di mesin. Segala kecacatan design tersebut mula terserlah.

 

So bagaimana nak bezakan design sulaman yang baik dengan tidak baik?

 

Saya akan berikan 5 tips mudah kepada anda tentang bagaimana ketahui kualiti sesuatu design sulaman itu.

 

1)  Selidik latar belakang penjual tersebut. Adakah penjual tersebut mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM?  Adakah penjual tu baru lagi menjual design sulaman berkomputer?

2)  Lihat samada penjual design sulaman tu ada gambar design sebenar yang telah dijahit pada kain. Gambar pada komputer sememangnya cantik tetapi sebenar nya hasil selepas jahitan nanti belum tentu baik. Gambar sebenar akan tunjukkan kualiti sebenar design sulaman.

3)  Adakah design sulaman itu nampak profesional? Jahitannya mesti kemas dan teratur.

4)  Penjual terbaik dan profesional selalunya akan memberi contoh design  sulaman mereka secara PERCUMA. Jika tidak anda perlu hubungi mereka dan minta sampel design sulaman. Anda akan tahu kualiti design sulaman tersebut setelah anda jahit sendiri.

5)  Lihat pada testimoni atau kata-kata pelanggan lama penjual design sulaman tu. Jika banyak testimoni positif maka anda tahu design sulaman tersebut berkualiti. Sebaliknya jika banyak testimoni negatif maka anda tidak perlu membeli daripada penjual itu.

Cara Kerja Pusat Sulaman Berkomputer Eyang Fabrik D’craft

Perkara pertama yang kami lakukan di pusat sulaman berkomputer Eyang Fabrik D’Craft apabila pelanggan datang bersama design sulaman ialah melihat samada logo design tersebut akan mempunyai masalah atau tidak apabila dijahit.

Jujur. Kami tidak suka menipu pelanggan.

Bukan semua design dapat dihasilkan dengan baik apabila disulam. Untuk menjimatkan kos dan masa. Anda perlu faham mengenai sulaman mesin ni dulu.

Apa yang perlu difahami ialah sifat, proses sulaman dan jenis material yang diperlukan. Ada kalanya kami perlu ubah sedikit rekaan pelanggan untuk mengeluarkan hasil yang terbaik.

Semasa perbincangan di pusat sulaman berkomputer

pusat sulaman berkomputer

Warna sama tapi bukan 100%

Bekalan warna benang di pusat sulaman berkomputer ni terhad kepada apa yang pembekal sediakan saja. Kami selalu cadangkan warna benang kepada pelanggan sebelum proses sulaman supaya pelanggan dapat bayangkan hasilnya nanti.

Warna sampel yang ditunjukkan melalui komputer atau telefon sebenarnya tidak sama dengan hasil sebenar.

Warna solid menghasilkan sulaman yang terbaik

Pusat sulaman berkomputer akan cadangkan kepada pelanggan supaya warna pada logo ditukar kepada warna solid  untuk hasil yang terbaik.

Cuba elakkan campuran warna yang ketara pada logo kerana ia tidak akan hasilkan sulaman yang baik terutamanya pada saiz yang kecil.

Tulisan yang terlampau kecil

Ketebalan dan saiz benang boleh memberi kesan kepada saiz logo yang perlu disulam. Tulisan yang terlampau kecil tidak akan menghasilkan hasil yang elok menggunakan sulaman.

Contohnya tinggi tulisan untuk topi perlulah sekurang-kurangnya 1/4 inci tinggi untuk hasil jahitan yang baik. Jika saiz tulisan kurang dari 1/4inci hasilnya tidaklah begitu cantik dan susah untuk dibaca. Jika dalam cm tulisan mesti lebih tinggi dari 0.6cm atau 6mm.

Font tulisan perlulah diubah suai seperti ketebalan dan saiz . Pusat sulaman berkomputer akan cadangkan supaya tulisan anda diubah suai kepada jenis bold. Fabrik akan koyak jika tulisan terlalu kecil disebabkan lubang jarum yang terlampau dekat antara satu sama lain.

Logo / Artwork 

Berikan gambar logo sejelasnya kepada pusat sulaman.

Hasil sulaman logo bergantung kepada kualiti gambar (artwork). Pastikan gambar yang anda berikan bukan gambar yang terlampau kecil dan sukar untuk dilihat perinciannya. Proses ‘digitizing’ di pusat sulaman akan mengambil masa yang lama jika gambar logo anda sukar dilihat.

Gambar berskala kecil atau gambar resolusi kecil yang diambil terus dari website internet akan pecah jika dibesarkan. Jadi memang sukar untuk menghasilkan sulaman mengikut gambar tersebut.

Jenis kain juga penting

Jenis fabrik juga memberikan kesan kepada hasil akhir di pusat sulaman berkomputer.

Jika design yang kami hasilkan untuk baju shirt. Ia tidak boleh dijahit pada  baju kurung. Ketebalan logo akan rosakkan kain baju kurung yang nipis tu.

Pusat sulaman berkomputer perlu tahu anda mahu jahit logo pada fabrik apa supaya proses ‘digitizing’ mengikut jenis fabrik pilihan anda.Fabrik yang berbeza perlu setting yang berbeza dari “embroidery digitizer”

Warna fabrik dan warna benang

Anda sebenarnya mempunyai 2 (dua) pilihan berkaitan warna untuk sulaman. Tidak ramai yang tahu gabungan warna yang boleh menghasilkan sulaman yang benar-benar menyerlah.

Tone-on-toneGabungan warna benang hampir sama dengan warna fabrik.
Tujuan: Klasik, Tidak Ketara, Lembut 

Warna Kontra: Gabungan warna fabrik cerah dan benang warna gelap (atau sebaliknya)
Tujuan: Ketara, Promosi, Senang dilihat

Bilangan jahitan

Tidak semua material atau fabrik sesuai untuk bilangan jahitan yang besar. Fabrik lembut seperti t-shirt atau baju polo akan kelihatan tebal dan mengelembung jika dijahit terlalu tebal.

Hubungi Pusat Sulaman Berkomputer Eyang Fabrik D’Craft untuk pertanyaan lanjut.

3 Tips mudah pilih langsir baru

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!


Bila dah pilih langsir dan pasang. Tetiba nampak suram! Alamak! Langsir lama lagi lawa ke?? Tapi dah pasang langsir baru ni. Haiissh… Terima je la

Itu antara keluhan kebanyakan suri rumah bila memilih langsir.

Langsir memainkan peranan yang cukup besar untuk menyerikan ruang dalaman sebuah rumah. Tapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana pilih langsir yang sesuai.

Artikel kali ni akan berikan anda tips memilih langsir dengan betul.

 

Tips 1: Warna dan Fabrik

 

Jenis fabrik sangat penting ketika memilih langsir. “Jika ia terlalu tebal dan berat, langsir tidak boleh diikat dengan baik apabila dirapatkan. Jika langsir terlalu ringan dan nipis, ia senang bergerak apabila ditiup angin dari luar dan dalam rumah.

langsir 

Tips 2: Cahaya matahari dan langsir
 
Cahaya matahari boleh melunturkan warna fabrik langsir. Jadi anda perlu lihat keadaan ruang anda dulu. Pilih warna fabrik yang agak gelap jika ia senang dimasuki cahaya. Sebaliknya jika anda memilih warna terang, ia akan cepat pudar kerana cahaya.

Anda boleh abaikan tips ini jika anda seorang yang kerap tukar langsir. Saya sarankan anda pilih warna neutral jika tidak mahu ia cepat pudar. Warna neutral juga lebih senang masuk dengan warna ruang anda.

 

Warna neutral juga lebih senang masuk dengan kebanyakan warna bilik

 

Tips 3: Panjang dan Lebar

 

Anda perlu buat keputusan berapa tinggi langsir akan dipasang. Panel yang dipasang tinggi daripada tingkap akan memberikan satu perasaan bilik yang tinggi. Kebiasaannya pereka dalaman akan memasang langsir atas 6 inci daripada frame tingkap. Tapi jika anda mahukan perasaan yang lebih dramatik saya sarankan anda pasang langsir lebih tinggi daripada 6 inci.

Tambah 4 – 8 inci di kedua-dua belah langsir supaya langsir dapat menutup tingkap dengan baik. Jangan tambah terlalu banyak kerana anda pasti tidak mahu langsir menghalang terlalu banyak ruang tingkap walaupun langsir telah diikat.

 Sekarang anda dah faham tentang apa yang perlu diambil kira ketika memilih langsir. 🙂

Ini tips pilih baju korporat

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Tips Pemilihan Baju Korporat

baju korporat

Ramai tahu tentang baju korporat boleh memberi impak dari segi penampilan si pemakai. Antara waktu yang paling kerap dipakai ialah ketika ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting atau pun majlis formal. Namun ramai juga yang masih samar-samar tentang bagaimana memilih baju korporat yang sesuai untuk menyerlahkan lagi penampilan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai baju korporat. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai baju korporat yang tepat.

 

1. Warna baju korporat

Warna baju yang sesuai dengan imej syarikat akan meningkatkan lagi keyakinan pelanggan untuk berinteraksi dengan kita. Kombinasi warna yang sesuai dalam baju korporat amat penting untuk menjaga imej korporat syarikat. Apa yang paling penting ialah menyerlahkan warna dan bukannya corak.

 

2. Fabrik baju korporat

Terdapat 3 fabrik baju korporat yang sering digunakan iaitu:

i) Comb Cotton

Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai. Keburukan cotton ialah ianya cepat melebar dan warnanya cepat hilang dibawah cahaya matahari. Pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak disarankan memilih kain jenis ini.

ii) Viscose

Viscose mempunyai rupa seperti sutera dan rasa, ia bernafas seperti kapas dan mempunyai baik ‘drape.’ Ia agak ringan, mengakibatkan dalam pakaian ringan.

iii) Poly Soft

Kelebihan baju korporat jenis poly soft adalah bahawa ia adalah kuat dan tahan kusut. Malahan baju korporat jenis ini dapat mengekalkan bentuk pakaian dengan agak baik. Tahukah anda fabrik ini sering dicampur dengan kapas untuk membantu mengekalkan bentuk dan mencegah dari kedutan. Di samping itu baju korporat jenis poly soft ini juga sangan mudah dicuci. Ia agak lembut dan licin.

 

3. Design/ Reka Bentuk

Reka bentuk baju korporat merupakan ciri paling utama semasa pemilihan pakaiani. Ia bergantung dengan konsep dan tujuan korporat samada pelanggan mahukan sesuatu yang ringkas atau unik dalam menentukan identiti korporat masing-masing. Baju korporat berwarna putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna-warni.

4. Saiz

Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai baju korporat adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan baju. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Semoga tips baju korporat ini memberi manfaat kepada anda.

 

Kami ambil tempahan sulam nametag murid

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Ini mungkin masalah anda berkaitan dengan sulam nametag

  • Tak tahu lokasi kedai nak sulam nametag pada baju dan upah jahit
  • Takut senget bila jahit sendiri nametag tu
  • Nametag yang dah ditempah di sekolah sikit dan tak cukup. Tapi bila nak order banyak kena tunggu lama
  • Tak suka order dari sekolah. Nak order sulam nametag dari kedai, siap masa tu jugak. Senang, nak order 10 terus
  • Pernah order sulam nametag dari kedai dan ada pengalaman buruk. Pekedai kurang ajar bila bos takde. Cakap tak lihat muka kastemer. Pekerja buat tak reti dan lambat layan pelanggan.
  • Lastly minta tolong kawan yang tahu tempah untuk tempahkan. Sulam nametag mahal pun takpe lah dari takde langsung

sulam nametag

Eyang Fabrik D’Craft Enterprise mengambil tempahan sulam nametag. Penghantaran sulam nametag seluruh Malaysia

Harga 4 keping RM6.

Anda nak lebih jimat? Khas untuk anda yang nak dapat duit lebih.!
Untuk 10 nama murid dan keatas.
Tempahan sulam nametag 4 keping dengan harga RM3.60 saja.

 

Contoh pengiraan sulam nametag.

100 nama murid = 400 keping sulam nametag.

Harga biasa 400xRM1.50 = RM600

Harga borong 400xRM0.90 = RM360

Anda untung jual sulam nametag = RM240

 

Bagaimana saya nak buat tempahan sulam nametag?
Email eyangdcraft@gmail.com dengan tajuk: [ Tempahan sulam nametag murid ] .


Lepastu kita akan berbalas-balas email supaya anda dapat pakej harga sulam nametag yang lebih baik dan lebih menguntungkan. Jaminan Kualiti dan Perkhidmatan Terbaik.

UPDATE:  HARAP MAAF. PROMOSI 4 KEPING RM3.60 DAH DITUTUP.

 

Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah terkini

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah terkini 

KU273L0WTW

Sebagai ibu-bapa pastinya kita mengambil berat tentang rekod anak di sekolah. Memang lumrah sebagai pelajar sekolah selalu saja ada masalah di saat-saat akhir. Kadang kala cuti sekolah tanpa sebab dan mengejut dengan sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Bermacam-macam alasan yang diberi dari pelajar kepada guru seperti alasan kemalangan jalan raya, saudara terdekat meninggal, urusan keluarga ibu-bapa, demam teruk atau alasan paling kerapa adalah sakit perut. Disebabkan perkara ini pelajar atau ibu-bapa perlu memberikan bukti dan alasan yang kukuh kepada guru sekolah jika tidak dapat hadir ke sesi persekolahan. Surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini sangat penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah pelajar baik dan tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah. Ini adalah artikel terbaru tentang contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah tahun ini. Semoga menjadi panduan terbaik untuk menghasilkan surat rasmi tidak hadir ke sekolah.

Mahukan contoh yang senang difahami dan murid sekolah pun boleh tulis? Berikut adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

 

1.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga

 

 

Aulia Darwisya Binti Amiruddin

Tingkatan 1A

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang

 

Guru Kelas

Tingkatan 1A

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang                                                                                                                       19 Mei 2016

 

Tuan/ Puan;

Perkara: Memohon Cuti Untuk Tidak Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Saya ibu kepada Aulia Darwisya Binti Amiruddin ingin memohon cuti bagi anak saya untuk tidak hadir ke sekolah mulai 27 Jun hingga 30 Jun 2016.

3. Hal demikian kerana kami sekeluarga mempunyai urusan keluarga yang harus di selesaikan di Sabah. Di mana ianya tidak dapat diterangkan melalui surat ini.

4. Anak saya berjanji akan mengulang kaji pelajaran dan menghubungi rakan-rakan untuk bertanya dan menyiapkan kerja-kerja sekolah ketika berada di sana nanti.

5. Saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memahami situasi kami sekeluarga. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Terima kasih.

Yang benar,

 

(Azriza Binti Abdul Ghani)

Ic:……………………………………

Ini adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

 

 

 

2.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarga

 

Md Azlan Bin Md Rahim

Tingkatan 1 Bestari

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang


Guru Kelas Tingkatan 1 Bestari

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang                                                                                                                   Tarikh :  19 Mei 2016

 

Tuan/ Puan;

 

Tidak Hadir Ke Sekolah

 

Dimaklumkan saya nama tersebut di atas adalah bapa kepada Mazlan Bin Md Azlan  yang menuntut di Tingkatan 1 Bestari.

 

2. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 16 Jun 2016 kerana masalah keluarga.

 

3. Saya memohon kemaafan sekiranya ketidakhadiran anak saya telah menimbulkan masalah kepada pihak tuan/puan. Segala kesulitan amat dikesali.

 

4. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dari pihak tuan/puan.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

Yang benar,

…………………………….

(MD AZLAN BIN MD RAHIM)

Bape Pelajar

Nak Kamus Baru? Buku Rujukan?

 

 

 

 

3.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana demam panas

 

 

Tahun Lima Dahlia,

Sekolah Kebangsaan Kepayan,

Peti Surat, 130, 89108,

Kota Mandu,

Sabah.


Cikgu Noor Anita Binti Awang,

Sekolah Kebangsaan Kepayan,

Peti surat 395,

88858 Tanjung Aru,

Kota Kinabalu,

Sabah                                                                                                       9 Mei 2016

 

Cikgu,

 

Tidak Hadir Ke Sekolah

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Saya …………………………………………, murid Tahun Lima Dahlia tidak dapat hadir ke sekolah pada 4 Mei 2016 kerana diserang demam panas.

3      Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Hospital Queen Elizabeth. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selamat tiga hari.

4.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berjanji akan mengulang kaji mana-mana pelajaran yang saya tertinggal pada hari tersebut.

 

Sekian, terima kasih

 

Yang benar,

 

………………………………….. {HURUF BESAR}

(                                     ) {HURUF BESAR}

Ini adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

 

4.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana pergi kenduri (kahwin/majlis)

 

 

Ahmad Hamizi bin Mansor

No.1 Jalan Sena 6,

Taman Sena Indah

01000 Kangar,

Perlis.


Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Derma,

Jalan Penjara,

01000 Kangar,

Perlis                                                                                                    12 Mei 2016

 

Tuan,

 

Tidak Hadir Ke Sekolah

 

Berhubung dengan perkara di atas, saya Ahmad Hamizi Bin Mansor bapa kepada Aliya Safiya Binti Ahmad Hamizi dari Tingkatan 5 Dinamik ingin menjelaskan sebab anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 11 Mei 2016.

2     Anak saya tidak menghadirkan diri ke sekolah kerana pergi ke kenduri ibu saudaranya di Terengganu bermula 10 Mei 2016.

3.    Saya ingnin meminta maaf diatas kejadian ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………..

(AHMAD HAMIZI BIN MANSOR)

 

Nak Kamus Baru? Buku Rujukan?

 

 

 

5.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana sakit teruk

 

 

Suppiah a/l Ayahoo,

16, Lebuh Batu Maung 7,

11960, Bayan Lepas,

Pulau Pinang


Cikgu Harfizi Bin Muhammad Zain,

Guru Kelas Tingkatan 3 Elit (2014),,

Penang Free School,

11600, Jalan Masjid Negeri,

Pulau Pinang                                                                                    30 JUN 2016

Tuan,

Sebab Anak Saya Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah.

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku ayah kepada anak saya, iaitu Sarveen a/l Suppiah, ingin memohon maaf kerana anak saya tidak dapat hadir ke sekolahpada 30 Jun 2016, iaitu pada hari Khamis.

2.   Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana dia telah jatuh sakit sejak dua hari yang lepas, iaitu pada 28 Jun 2016 dan 29 Jun 2016, pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas. Dia juga didapati mengalami demam pada pagi hari ini, maka dia telah mengambil keputusan untuk tidak hadir sekolah.

3.   Untuk makluman Tuan, saya tidak mempunyai sebarang Medical Certificate (MC) untuk disampaikan kepada Tuan. Hal ini demikian kerana anak saya tidak dibawa ke klinik untuk berjumpa dengan doktor pada hari tersebut kerana demam anak saya pada pagi itu tidak begitu serius.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap bahawa ketiadaan anak saya di sekolah pada hari Isnin akan dapat diampunkan oleh Tuan.

 

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

 

……………………………

(SUPPIAH A/L AYAHOO)

 

Nak gunakan ayat di atas? Download di sini Surat tidak hadir ke sekolah

 

SFYRKERH4NIni adalah 5 contoh terbaik untuk contoh surat rasmi jika tidak hadir ke sekolah.

Nak tempah name tag sekolah? Anda perlukan pakar sulaman name tag. Lawati www.servissulam.com atau whatsapp disini

Mahu buat sulaman logo atau printing baju?

Sulaman logo dan printing baju merupakan dua kaedah meletakkan logo pada pakaian.

Benang logo dijahit pada pakaian atau kain anda dengan bantuan mesin sulaman berkomputer. Dengan sulaman logo, logo anda dihasilkan menggunakan variasi warna benang. Semasa sulaman logo, setiap “artwork” atau logo anda perlu di “digitized” kepada program komputer supaya mesin sulaman faham dan tahu apa yang perlu dijahit. Berbeza dengan printing baju, logo anda dihasilkan menggunakan variasi warna dakwat. Dakwat dakwat ini dimampatkan melalui lubang skrin (atau stencils) dan terus ke atas pakaian anda. 

Stencils perlu dihasilkan mengikut bilangan warna logo anda. Jika anda ada lima warna, maka lima stencils yang akan dibuat.

EA5F0D7860Jadi antara sulaman logo dan printing baju, yang mana lebih murah??

Kos

 

Perbezaan yang besar adalah pada set-up kos untuk setiap kaedah.

 


Sulaman logo pada bahagian dada kiri adalah popular

 

Kos set-up untuk setiap sulaman logo adalah sama dan tidak bergantung kepada bilangan warna logo anda. Kos set-up untuk printing baju adalah mengikut warna. Ini bermakna skrin baru diperlukan untuk setiap warna logo anda. 

Contoh: 

Jika logo anda ada lima warna, maka anda perlu bayar kos untuk lima skrin.

Anggaran set-up kos untuk sulaman logo adalah sama dengan kos satu skrin. Jadi set-up (blok) sulaman logo lebih murah berbanding printing baju. Lagi satu yang perlu anda faham ialah anda perlu bayar kos set-up (blok) semula untuk printing baju pada masa hadapan sedangkan untuk kos set-up (blok) sulaman logo berkomputer adalah hanya sekali seumur hidup.

Kesesuaian

 

Sulaman logo berkomputer lebih sesuai digunakan pada baju korporat (business shirts) dan baju polo (polo shirts atau golf shirts). Ini kerana sulaman akan menghasikan logo yang lebih stail (stylish), profesional dan mahal manakala printing baju pula nampak “murah”. Skrin print perlukan skrin berbeza mengikut warna logo.

Semakin banyak warna, semakin banyak skrin

 

Tetapi printing baju pula terbaik untuk baju cotton (cotton t-shirts). Ini kerana benang-benang sulaman akan nampak lebih tebal dan tak cantik pada baju tshirt biasa (cotton tshirt). Baju tshirt biasa(tidak berkolar) juga akan berkedut jika disulam. Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang sulaman logo dan printing baju.

Nak tahu cara pengiraan sulaman logo? Klik sini

Cara mudah personalized baju t shirt

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Personalized baju t shirt kebiasaannya melibatkan penggunaan komputer.

baju t shirt

Golongan yang suka personalized baju t shirt memang seorang yang kreatif dan mampu mencipta logo yang cantik. Antara contoh personalized baju t shirt adalah menggunakan logo lukisan cat, print huruf dan juga hasil grafik. 

Tahukah anda baju t shirt boleh menjadi alat penyebaran yang efektif untuk logo kelab atau grup kita? Contohnya sejak beberapa tahun kebelakangan ni design baju t shirt telah menjadi trend untuk meningkatkan jenama sesebuah entiti atau grup.

Malahan kini anda boleh pilih untuk mengeluarkan baju t shirt custom dengan pelbagai cara. Antara yang terkenal adalah melalui sulaman berkomputer dan printing. Kedua-dua industri sulaman berkomputer dan printing telah berkembang dengan baik menggunakan teknologi terkini. 

 

“..Anda boleh pilih untuk mengeluarkan baju t shirt custom dengan pelbagai cara..”

 

Perkembangan sulaman berkomputer telah membolehkan industri untuk menghasilkan pelbagai rekaan  baju t shirt dalam aktiviti pemasaran atau personalized baju t shirt. 

Jadi sekiranya anda mahu mengeluarkan baju t shirt baru, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan sulaman. Beri hadiah baju t shirt dan sulaman kepada rakan atau pasangan tercinta. Anda boleh letakkan ucapan cinta dan mesej bersama nama penerima. Anda juga boleh menghasilkan baju t shirt bersama logo grup atau pasukan anda.