Tujuan Sebenar Guna Nametag Sekolah

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Tahukah anda sebenarnya ramai orang tidak menggunakan nametag sekolah dengan betul? Walaupun tidak lah sampai dirotan guru disiplin.

Tapi ia dah lari dari tujuan asal penggunaan nametag sekolah. 

Cara sebenar meletakkan nama nametag sekolah pelajar ialah jika nama anak anda MOHAMMAD AMIRUDDIN. Anda cuma perlu pilih nama ringkas yang mahu dipanggil oleh guru atau orang lain saja. Guna sahaja MOHAMMAD atau AMIRUDDIN. Ia sekaligus memudahkan orang disekeliling untuk tahu nama apa perlu dipanggil nanti.

Guru pun tak suka panggil nama pelajar panjang-panjang. Buang masa dan tenaga cikgu je. Letih cikgu tu nak panggil 40 pelajar dalam kelas nanti. ha…

Sebagai cadangan boleh juga letakkan nama dominan atau yang kita suka panggil. Contoh nya..

  1. NIK MUZZAMMIL NAJHAN →  NAJHAN
  2. MUHAMMAD FAHIM → FAHIM
  3. MIA MARISSA SOFIA → SOFIA
  4. ALYA SYAHMINA → SYAHMINA
  5. AHMAD RISHNAUFAL ZAINURIN → ZAINURIN
  6. SYED ABDUL MUHAIMIN → MUHAIMIN
  7. MUHAMMAD RIDZ MIQAEAL → MIQAEL

Tapi biasalah zaman sekarang ramai ibu bapa yang mahukan nama yang penuh untuk nametag anak mereka. Asalkan muat nametag tu. #eyangdcraft pun buat ikut permintaan pelanggan je. hehe
OK. Itu sahaja tips ringkas kali ni.

p/s: cuba lihat gambar nametag pelajar yang mana satu senang dipanggil ?

Beza Nametag Sulaman Dengan Nametag Woven

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran, hari guru, door gift! Moto kami “Mudahkan Urusan Pelanggan!” Lawati www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!  Klik di sini sekarang!

Di #eyangdcraft kami menghasilkan produk berasas sulaman. Walaupun begitu terdapat pelanggan yang menanyakan tentang label woven untuk produk baru mereka. Jadi artikel kali ini menjelaskan perbezaan nametag sulaman dan nametag woven.

Sama seperti namanya. Nametag bersulam dihasilkan dengan menyulam benang asing kepada kain. Setiap benang asing ini mewakili satu warna pada logo.

Ketebalan benang sulaman sama seperti benang jahitan biasa. Tulisan atau detail kecil daripada logo tidak akan terhasil dengan baik jika menggunakan benang sulaman. Tapi kelebihan sulaman ialah ia lebih menyerlah dari segi bentuk dan ia juga boleh menghasilkan ciri timbul 3D (untuk topi).

Manakala nametag woven dihasilkan daripada sejenis benang yang lebih halus dan nipis. Ciri halus ini boleh menyerlahkan detail kecil dan tulisan kecil dari logo. Selain itu pelbagai warna boleh dihasilkan menggunakan benang yang sama. Lihat gambar untuk perbezaan sulaman dan woven.

Jadi ayat senang faham ialah.. Anda perlukan woven jika mahu logo resolusi tinggi bersama detail yang sangat kecil. Atau… Anda perlukan sulaman jika pentingkan rupa yang lebih klasik dan bergaya.